Thursday, October 1, 2009

::MAJLIS TIGA DALAM SATU::

Tanggal 01 Oktober 2009 majlis tiga dalam satu telah berlangsung di MAIP.Majlis itu ialah mesyuarat agung PIBG,majlis penyampaian slip peperiksaan  dan juga majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri..Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat ADUN Tawang.Dewan MAIP dibanjiri oleh para ibubapa sehingga melimpah di luar dewan.Ini jelas menunjukkan para ibubapa di sini sangat perihatin terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka..Majlis berjalan sebagaimana yang dirancang.Dimulai dengan solat hajat pada jam 8.00 pagi,kemudian diikuti dengan para hadirin memasuki dewan untuk sesi mesyuarat. Pelajar-pelajar menikmati juadah dan menyaksikan persembahan daripada guru-guru MAIP sementara ibu bapa sedang bermesyuarat..Selesai sahaja mesyuarat,para ibubapa beratur beramai-ramai mengambil keputusan peperiksaan anak masing-masing daripada guru kelas.

Continue Reading...
 

::MAAHAD AMIR INDRA PETRA:: Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template