Thursday, October 1, 2009

::MAJLIS TIGA DALAM SATU::

Tanggal 01 Oktober 2009 majlis tiga dalam satu telah berlangsung di MAIP.Majlis itu ialah mesyuarat agung PIBG,majlis penyampaian slip peperiksaan  dan juga majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri..Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat ADUN Tawang.Dewan MAIP dibanjiri oleh para ibubapa sehingga melimpah di luar dewan.Ini jelas menunjukkan para ibubapa di sini sangat perihatin terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka..Majlis berjalan sebagaimana yang dirancang.Dimulai dengan solat hajat pada jam 8.00 pagi,kemudian diikuti dengan para hadirin memasuki dewan untuk sesi mesyuarat. Pelajar-pelajar menikmati juadah dan menyaksikan persembahan daripada guru-guru MAIP sementara ibu bapa sedang bermesyuarat..Selesai sahaja mesyuarat,para ibubapa beratur beramai-ramai mengambil keputusan peperiksaan anak masing-masing daripada guru kelas.

Continue Reading...

Saturday, September 26, 2009

::SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH::

Setelah lebih seminggu kita meraikan lebaran dan bercuti...Tibalah saatnya kita kembali menyambung perjuangan untuk sama-sama belajar dan mengisi dada dengan ilmu pengetahuan.....Kepada tuan Mudhir dan guru-guru di MAIP serta murid-murid semua,selamat menyambung perjuangan dalam arena pendidikan.....
Continue Reading...

Tuesday, September 15, 2009

::MAJLIS BERBUKA PUASA DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV

pada 13 September 2009 yang lalu, pelajar Aspuri MAIP dan MTS dijemput berbuka puasa di Stadium Sultan Muhammad ke IV.. Majlis bermula pada pukul 5.00 petang dengan persembahan nasyid dari kumpulan Advice. Majlis mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan orang awam.. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa beramai-ramai di bawah beberapa buah khemah.. Setelah siap bersolat Maghrib berjemaah, pelajar-pelajar tetap berada di dalam masjid untuk solat Isya' dan Terawih berjemaah. Imam solat terawih itu merupakan jemputan khas dari Mesir.
Continue Reading...

Wednesday, July 15, 2009

::Majlis Penyampaian Keputusan Peperiksaan Aliran Tahfiz Sains ::



Pada 14 Julai 2009, Majlis penyampaian slip peperiksaan telah diadakan MAIP aliran Tahfiz Sains. Seramai 63 orang pelajar telah menerima keputusan peperiksaan pertengahan tahun masing-masing, 10 0rang pelajar telah menerima hadiah istimewa kerana termasuk dalam list 'top ten'. Majlis ini dihadiri oleh 80 peratus para ibubapa yang dimestikan oleh pihak sekolah mengambil keputusan anak-anak mereka.
Continue Reading...

**PERTANDINGAN LAMAN WEB PERINGKAT NEGERI**




Tanggal 15 Julai 2009 Sekolah Menengah Ugama (A) Amir Indra Petra @ MAIP telah menghantar wakil ke pertandingan laman web peringkat negeri Kelantan di Dewan Teratai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Para peserta terdiri daripada murid dari aliran tahfiz sains dan aliran arab biasa.Peserta yang menyertai pertandingan ini sertai oleh empat pelajar dan dua orang orang guru penasihat.Pesertanya adalah Nurul Amni Bt.Azharan dari tingkatan 1,Wan Nurilyana Bt.Abdul Rahman, tingkatan 2,Nurul Afiqah Bt.Mad Hamsan tingkatan 1 dan Siti Aisyah Fateha dari tingkatan 4.Penyertaan ini merupakan penyertaan yang julung kalinya disertai oleh murid-murid MAIP di bawah bimbingan ustaz Aznan B. Hamat dan Ustaz Munir. Tuan Mudhir mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan website sekolah. Segala usaha dan jerih payah anda didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. "Sama-sama budayakan ICT di MAIP"
Continue Reading...
 

::MAAHAD AMIR INDRA PETRA:: Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template